Saturday, May 15, 2010

Selamat Hari Ibu...2010

Berikut adalah tarikh hari ibu bagi seluruh dunia:

9 Mei 2010 (atau lebih tepat lagi.. adalah pada Ahad minggu kedua dalam bulan Mei)
bagi negara MALAYSIA, Anguilla, Aruba, Australia, Austria, Bahamas, Bangladesh, Barbados, Belgium, Belize, Bermuda, Bonaire, Brazil, Brunei, Bulgaria, Canada, Chile, China, Colombia, Croatia, Cuba, CuraƧao, Cyprus, Czech Republic, Denmark, Ecuador, Estonia, Finland, Germany, Ghana, Greece, Grenada, Honduras, Hong Kong, Iceland, India, Italy, Jamaica, Japan, Latvia, Malta, Myanmar, The Netherlands, New Zealand, Pakistan, Peru, Philippines, Puerto Rico, Singapore, Slovakia, South Africa, St. Lucia, Saint Vincent and the Grenadines, Suriname, Switzerland, Taiwan, Trinidad and Tobago, Turkey, Ukraine, United States, Uruguay, Venezuela, Zimbabwe

1 Mei 2010 (Ahad pertama dalam bulan Mei) bagi negara Hungary, Lithuania, Portugal, Spain

29 Mei 2010 (Ahad terakhir dalam bulan Mei) bagi negara Algeria, Dominican Republic, France,Haiti, Mauritius, Morocco, Sweden, Tunisia.

22 Mac 2010 bg negara Ireland, Nigeria, United Kingdom

12 Ogos 2010 bg negara Thailand yang juga merupakan tarikh lahir Queen Sirikit

22 Disember 2010 di Indonesia

Ntah sejak kebelakangan ni aku jadi macam sensitif sikit dan memandangkan dah lama tak memblog, akibat kera mukabuku. Tapi tak best sangat la mukabuku tu. Sempena hari ibu ni malamyangbaik nak ajak bersama2x kita melihat sejauh mana pengobanan kita sepanjang hidup kita ini berusaha menjadi terbaik untuk ibu kita. Cukup ker 9 Mei setiap tahun kita luangkan masa untuk mak? cukup ker sekadar cuti setahun untuk mak? cukup ker sekadar duit untuk mak? cukup ker sekadar telefon mak? cukup ker apa yang kita lakukan ni untuk mak kita? malamyangbaik rasa itu bukan apa yang mak kita nakkan, tapi cukup lebih kecil dari itu....."DOA DARI ANAK YANG SOLAH DAN SOLEHAH". Mungkin bukan mak yang mengajar ilmu agama yang sebaiknya untuk kita, tapi jangan jadikan ia penyeba untuk kita lupakan doa kita untuk mak, mungkin bukan 24 kali sehari, apatah lagi lebih dari itu. 5 kali? Pun tak mampu? 1 kali sehari? Pun tak? Setidak-tidaknya pastikan sekali dalam usia kita yang masih hidup. Kerana itu sahaja yang menemani ibu bila ia sudah tiada. Kita masih hidup pasti sekali tidka mempu menemaninya di alam sana. Sedihkan bila kita hanya mampu sekali sahaja doakan mereka.

Ada satu kisah pada zaman para sahabat. Di zaman Ibnu Omar ketika mana beliau melihat seorang sahabat lain sedang mendukung ibunya mengelilingi Kaabah untuk melakukan tawaf. Setelah selasai si sahabat bertemu Ibnu Omar, lalu berkata.

“Ya Ibnu Omar, cukupkah apa yang aku buat sebentar tadi menampung segala apa yang ibu ku telah lakukan sejak kecil. Sesungguhnya mendukung ibu melakukan tawaf di hadapan Kaabah satu peristiwa yang sungguh besar padaku apatah lagi pada mungkin pada ibu ku”

Lalu berkata Ibnu Omar,

“Wahai sahabat, sedangkan apa yang kamu lakukan itu pada mu besar, tapi langsung tidak dapat membalas apatah lagi menampung apa yang ibu mu telah lakukan walaupun…hanya senafas ibu ketika dia bersalinkan kamu”

Hmm….bayangkan yer? Walau senafas bukan banyak nafas. Satu kali nafas ketika ibu bersalinkan kita pun tak mampu kita balas bayangkan berapa banyak nafas ketika dia menjaga kita sehingga kita besar, dan lagi malu bila mendapat tahu anaknya tidak pernah mendoakan untuknya, mampu beli kereta mewah, rumah mewah duit dan harta untuk mak, tapi doa yang cukup paling kedekut kita mengatakan “Ya Allah, ampunkanlah dosa ibuku”. Itu sudah cukup untuk sorang ibu. Jadi di mana letaknya kita? 1 kali seumur hidup? 1 kali setahun? 1 kali sebulan? 1 kali seminggu? Satu kali sehari? 5 kali sehari? 24 kali sehari atu Alhamdulillah lebih dari itu. Apa yang pasti jangan langsung tidak pernah dan lupa melakukannya.. Amin.

No comments: