Bertemu kembali dengan ramadhan
Ku rasakan bahagia menyelubungi
Ya Allah daku bersyukur
kau pertemukanku semula
Ramadhan yang mulia
Di ramadhan Ya Allah
Rahmat mu ku rasa
Ku Banyakkan beribadah
Ku tahu pengampunanMu
Melangit tinggi
Ramadhan rahmat dari ilahi
Banyakkan ibadah dan berdoa
Hapuskan dosa tingkatkan pahala
Semoga beroleh nadhirah
Semoga kita menjadi hamba yang setia
Ramadhan menyedarkan aku
Kesusahan yang dialami insan lain
ramadhan pujian ilahi
mengajar erti kesabaran dan kesetiaan
Andainya ini ramadhan terakhir bagi ku
Ku harap ianya kan membelaku di akhirat nanti
1Ramadhan kini menjelma lagi. Dan tahun 2009 ini lebih bermakna buat lelaki macam aku ni. Mau tak, 1st day aku berpuasa sebagai insan yang bergelar suami. Hmm..5.30 pagi isteri dah kejut aku. Hahahahaha…kita orang terlambat bangun sahur. Tapi tetap bersahur. Minum Milo ngan roti+susu. Sedapppp……( sebenarnya isteri dah tungkus lumus siapkan ayam berempah untuk digoreng pagi2 makan sahur ). 1st day bersahur dengan isteri dah cukup buat aku kenyang seharian…
Tapi bukan itu yang nak aku cerita. Tapi sempena bulan yang indah..bulan yang malamnya dihiasi dengan solat terawih, bulan yang mana turunnya al-Quran..dan bulan yang seperti “Amanah Saham Akhirat” bagi yang menggunakan sepenuhnya. Jadi untuk tak mensia-siakan bulan yang penuh berakah ini, saya dengan rendah diri dan penuh harapan menyusun jari kepada semua-semua yang sangat2x mengenali saya. Mungkin kadangkala salah dan silap tak saya sedari telah menyakiti hati sebelah pihak.
Buat isteri tersayang Nur Azura, abi tersangat2x nak mohon maaf…nanti2x kita buka puasa lagi. Yeayy…buat mak dan abah. Own tahu mak dan abah tak baca blog own, tapi own tak pernah putus doa kebahagiaan buat anda berdua. Tak lupa mama dan ayah. Mama dan ayah tetap di hati anakanda di sini. Dah lama kita tak berjumpa. InsyaAllah raya kita kan berjumpa lagi.
Buat semua…sekali lagi Ampun dan Maaf di awal Ramadhan.
MALAMYANGBAIK
No comments:
Post a Comment