Thursday, July 30, 2009

Arwah Pak Lang Bukit

Sebenarnya aku dah buat post ni minggu lepas tapi tak "POST" plak. Hari Isnin bersamaan 12hb 07 2009 (10.45 malam). Pak Lang aku @ Abdul Wahab Bin Hj Arshad telah meninggal dunia selepas di lahirkan pada 15hb 08 1935. Doktor cakap masalah paru2 berair la. Buat pengajaran kepada perokok ( Jangan hisap rokok di belakang semak). Ha..ha..ha.. Lawak betul la ingat. Doktor dah pesan berhenti rokok. Tapi bukan cerita ni yang aku nak cerita.

Arwah bagi aku special la. Kalau dulu Pak Lang nak datang rumah mesti aku tak kemana2x. Sebab pertama dia akan beli banyak keropok+coklat. Dah sampai mesti ajak minum kat kedai kopi. Dan yang akhir paling best dia bagi duit. Sebulan sekali dapat 5 ringgit (umur 7/8 tahun kira ok la). Bukan dengan aku jer..tapi semua abang2x+kakak aku. Arwah memang sangat tak kedekut. Aku pun hairan jugak kenapa dia begitu, bukan banyak sangat duit bendang dia. Tanah bendang dia abah yang usahakan, and tanah getah abah kat rumah Pak Lang, Pak Lang usahakan. Setiap akhir musim abah kasi la duit padi kat arwah. Tapi kenapa Pak Lang bagi kami duit. Kekadang sampai 50 hengget sorang. Bila dah besar baru aku tahu ceritanyer. Abah pesan kat arwah (Pak Lang ni abang abah)...Duit hasil jual getah yang Pak Lang usahakan diagihkan kami 5 beranak. (Tetiba aku rasa sangat sedih dan terharu). Masa tu baru aku tahu...sebenarnya abah sangat sayang kami. Memang dia tak pernah manjakan kami dengan duit. Memang dulu aku sedih gak bila rasa macam dapat abah yang kedekut. Tapi sebenarnya abah sangat baik. Pak Lang pun terus bagi kami duit. Kekadang tu berlebih2 plak.

Pak Lang dulu belajar di Arab, sebab tu dia ada belajar bab mengubat ni. Sebelum dia meninggal memang dia cukup orang kenal sebagai "Bomoh Misteri Nusantara" sebab pernah masuk dalam rancangan misteri nusantara. Last2x lekat bomoh misteri nusantara. Cara ubatnya senang jer. Guna katak sebagai pengantara. Aku penah banyak kali gak tengok. Tapi tak nak cerita la bab tu. Seram plak. tapi untung tau jadik bomoh macam Pak Lang ni. Bukan nak tipu. Sebulan dapat beribu2x. pernah sampai 11k. Kalau kes pelik2 kat HUKL pun derang jemput Pak Lang. Pak Lang akan naik bas ke KL, and orang hospital akan jemput Pak Lang. Mungkin dah rezeki dia.

Tapi part yang paling best, eh tak lagi. Ada lagi satu pasal arwah. Arwah memang rapat ngan abah. 2 tahun lepas arwah buat penukaran tanah. Tanah bendang arwah jadik milik abah sebab abah usahakan, tanah getah kat rumah Pak Lang jadik milik arwah. Kebetulan masa tu tanah bendang arwah derang guna buat parit saliran padi, so dapat la pampasan. Pampasan tu abah kasi kat Pak Lang sebab duit tu dapat sebelum penukaran milik, tapi Arwah sedekah kat abah. Derang sangat rapat. Abah memang sangat rapat dengan adik beradik lain dan itu dia ajar pada kali. Apa yang penting? Hormat menghormati. Asas hubungan dalam adik beradik. Masa mak masuk hospital..kalau boleh Pak Lang ngan Mak Lang ni nak tunggu sampai mak sihat. Tambah2x Mak Lang la. Aku ingat la masa Mak Lang pegi hospital jumpa mak, baru nampak dari jauh (kot tingkap jer ) Mak Lang dah nanges. Aku? lagi la sebak tak nangis. Pastu mak masuk hospital Taiping, derang pegi jugak. Masa tu Mak Lang betul2 buat aku TAHAN nangis. Tak sangka kan? (cerita naper aku TAHAN nangis, nanti aku cerita. Cerita perasaan aku yang sangat2x sedih sepanjang usia aku).

Dan ni baru apa aku nak cerita. Pak Lang memang cukup minat marhaban. Sejak kecik lagi. Sampai tua dia pun..tetap marhaban. Kalau macam abah...pantang orang jemput kenduri. Kalau 14, 14 la dia pi. Tapi Pak Lang dengan marhaban dia. Dan dia meninggal dunia pun bersama marhaban. Sebenarnya sebelum dia meninggal, doktor dah kata Pak Lang dah sihat. Dalam 3-4 hari dah kuar. So, derang pindah wad biasa. Abang An (Anak sulung) sorang jer teman Pak Lang. Bila masuk wad biasa, arwah cakap ngan anak sulung dia. Dia nak Marhaban. Mujurla anak2 pun macam Pak Lang gak. So? so, marhaban la kedua-duanya di dalam wad perlahan2x. Then Pak Lang azan. Pastu Pak Lang cakap kat Abang An,

"An, buka pintu tu sat. Ada 3 orang mai nak melawat tu"

Aku tahu Abang An dah sedar waktu dah sampai. Mana mungkin ada orang masa tu. Arwah mengucap Shahadah sendirian lalu meninggal dunia. Aku percaya arwah pasti puas dengan hidupnya. Hidup dan mati bersama marhaban yang diperjuangkan. Kepada arwah, hanya surah yassin dan sebahagian ayat al-quran yang aku baca bersama abah mampu aku berikan. Dan tanda penghormatan terakhir dengan menunaikan solat jezah dan talqin. Aku paling awal sampai dengan Zura. Abah malam Pak Lang meninggal dah tunggu kat rumah Pak Lang baca al-Quran sampai tengah hari kami sampai.Pak Tam (adik Pak Lang dan Abang Abah) pun sama ngan abah. Mak cakap abah masa Abang Tan (abang aku) tel cakap Pak Lang meninggal terus duduk sorang2 dalam bilik. Mak cakap abah nangis. Ya...Allah, sungguh kuat hubungan yang engkau berikan kepada mereka..Dan moga juga Kau kurniakan kepada kami dan zuriat2x kami.

Petang lepas kembumikan arwah, kami pergi rumah Pak Lang lagi nak jumpa Mak Lang. Mak Lang tertidur mungkin sedih. Kami tak nak ganggu. Aku tanya abah.

"Tanah ni ker yang abah tukar ngan pak Lang?"

"Tanah ni la"

Abah sambung lagi....

"Tanah dia, dia kalut2x tukar nama, tanah dia tak pulak. Mana tukar lagi."

"La ni pun tak tukar"

"Tak la. Tak sempat. Bila ajak, tak senang. Bila ajak, tak senang. Nama2x abah lagi"

Besar betul niat arwah. tapi macamana pun amanat arwah tetap amanat dan ianya janji. Sebab aku buat post ni salah satu pun sebagai bukti untuk aku sentiasa ingati suatu hari nanti sebenarnya tanah tu milik anak2 dia. Supaya tanah tu terusaha. Kang derang ingat tanah kami, kami plak ingat derang tahu tanah derang. Last2x tak terhasil.

Pak Lang akan aku ingat dengan semangat MARHABANnya. Buat terkahir sekali...sedekahkan al-fatihah.

AL-FATIHAH.....Pak Lang Bukit.

No comments: