Thursday, May 28, 2009

duda atau janda?? Topic/pagihot.fm/27/05/2009

He..he...aku tak suka sangat jadi bujang...tapi lagi tak suka jadi duda. Dekat paper STAR pun tentang tajuk ni gak. Tapi yang aku terkejut ada yang sampai suami curang dengan suami akibat SYOK kat mak mertua. Citt apa da.. Hairan sungguh. Tapi sedih gak bila ada yang telefon menagis2x sebab suami curang dan tak kurang juga suami yang telefon tak menangis2x sebab isteri ikut rakyat import.

Ada sorang pompuan ni telefon cakap suami dia curang selepas 6 bulan dapat anak. Huh..dan paling sakit hati, bakal madu dia tu pelajar. Lagi aku sakit hati. Hello guys, dont bikin malu la. Anak 1st beb, bukan anak ke 10. Isteri muda lagi, tapi cari baru lagi muda. Hairan sungguh aku. Nak kata tak boleh BERASMARA dah habis pantang pun. Lagi pun apa salahnya bersabar sikit. Tahu tak kenapa Allah jadikan perempuan itu haid?? Salah satunya melatih nafsu lelaki ini dari bersabar. Bersabar ketika mana? Ketika ini la. Isteri sarat mengandung....isteri dalam pantang. Kekadang tu "beranakkan" jer pandai. Tapi menjaga?? Aku tak la pandai sangat sebab takder anak. Tapi cuba la kekadang tu tengok, baru bersalin tak sampai 100 hari, mak ayah dah bawa pegi berjalan2x. Kesian budak tu. UV matahari pun dia tak rasa lagi. Tak pun baru jer habis pantang tinggal anak kat makbapa, makayah baby pegi berjalan. Pegi la mana2x pun. Kesian sungguh budak2x itu. Tak sabarnya nak dapat anak..nak bawa dia tengok abah dia ni main futsal sesama...bolehkan umi kan???

Tapi tak kurang jer perempuan yang curang. Dan apa yang aku tengok mudah jer. Ni memang banyak berlaku. Perempuan akan curang pada suaminya bila ada seorang ini jer datang balik kat dia. "1st boyfriend" dia. Ntah aku pun hairan. Kalau dia ada 12 orang pakwe pun mesti dia pilih yang pertama. Kenapa yerk?? Dan kalau ada orang kedua...tentulah teman sepejabat. Orang lain memang susah. Tapi dua insan ni jer (kecuali rakyat import la). Aku ada member sekampung. Ntah la aku rasa cukup sedih gak dengan dia ni. Masa kahwin bagus jer siap buka bisness untung. Bila dah untung isteri minta sambung belajar sebab nanti boleh tolong suami. Bila dah sambung tudung dah makin singkat. Dah ditegor tak berubah jugak. Sayang punya pasal sabar jer. Dah habis diploma minta sambung degree plak. Pun si suami tanggung. Tengah ambik degree terus buka tudung. Rupa isteri dah ada orang lain sewaktu belajar, and then bercerai. Fuh..bro aku kesian la sama lu. Tapi releks la. Kita lelaki. Jiwa kena kental.

So??? takder saper2 yang menjadi punca utama kan? Tapi...bila terjadi ingatlah. Punca isteri kita curang bukan kesilapan dia semata2, dan jika suami curang bukan sebab suami semata-mata. Pasti ada masalah antara kedua-duanya. Masing2 ada yang memberi dan menerima tekanan. Bila ini terjadi ingat lah pada-Nya banyak2x. Sebagai mana kita ingat kekasih kita kita buka suratnya, kita buka kadnya, begitu juga Yang Esa. Dia dah bagi kita surat cintanya, so? kalau kita ingat pada-Nya..bukalah surat-Nya kepada kita. Cinta-nya pada kita sama saja seluruh dunia. Surat cinta-Nya tak pernah berubah-ubah antara satu sama lain. 30 juzuk bukti kesamaan dan keadilan Dia pada semua yang dicintainya. Kalau la semua suami yang berpoligami perasaan macam ni, keadilan serta kesamaan antara semua isteri2x pasti terlaksana. Buka Al-Quran dan baca lah..

No comments: