Terminal One
0412 - 12/12/2008
Alhamdulillah aku dah selamat sampai ke destinasi yang aku tujui. Laju betul driver bus tu bawa. 4 jam setengah jer dari Sungai Nibong, Pulau Pinang sampai Terminal One, Negeri Sembilan. Fuh, siuez laju. Tapi aku tak sedar langsung. Syok punya dok bantai tidor. Sedar 2 kali jer kot. Tidor balik. Aku suka naik bas ni. Sebab take time sikit. So aku ada masa nak berehat. Al-maklum la dah penat bekerja.
"Seremban..seremban...saper tak turun lepas ni lajak sampai Melaka. Seremban..Seramban.."
Huh..dah sampai. Astagfirullah. Tertidor sungguh.
"Seremban..Seremban..."
"Woppsss...woppsss....ada lagi. Saya Seremban."
"Haaaa...cepat cikit"
"Ok, sorry tidor"
"Syok punya balun tidor yer"
"He..he..terima kasih abang"
Huh, Abang Long on the way. Macam biasa la, tunggu kat Petronas la aku. Senang sikit. Umi...abi dah sampai sini. Umiii tunggu yer. Alamak..cermin mata pulak tertinggal. Ades, baru jer buat. Melayang 250. Tak per la. Nan ti buat lain. Dah takder rezeki. Hmm...hari tu datang sini jugak, cermin mata patah, pastu pergi Johor tuala tertinggal, ni cermin mata lagi tertinggal. Sayang tu. G.A. Blue. Macam tu jugak Terminal One ni. Dah 6 - 7 tahun aku datang sini tengok anak-anak Kak Long. Tak der berubah langsung.
0515
Taman Pinggiran Senawang
Dah sampai pun. Huh tetiba baru jadi bersemangat waja aku. Dekat2x 20 bekas hantaran semua. Bestnya. Abah, mak, Pak Long, Cu Timah, Cik, Kak Ija, Abang Driver, Cu satu keluarga 6 beranak. 13 orang rombongan dari Bagan Tiang. kereta viva ngan van sebiji. Esok Abang Ipin ngan Abang Pron pulak menyusul. Abang Tan ngan Abang Mie dan Kak Long tak dapat turun akad nikah aku. Derang berganti untuk hari Sabtu. Sebab Sabtu Kak Is (isteri Abang Pron) ada Bank test. Dasat jugak yer. Kerja bank pun ada test. Tak per la. Mana-mana jer la. Meriah jugak ni. Hamm...dah confirm hari akad nikah pukul 3.30. So pas Jumaat, dalam 2.15 ke 2.30baru gerak ke sana. Ok la. Pastu esok bersanding pukul 12.30, pukul 11.30 gerak ok la. Tak pun 11 pun dah ok. Bukan jauh, 45 minit perjalanan dah sampai. Aha lupak pulak nak cerita hadiah tuan haji. Teka la apa? He..he..hadiah paling mahal aku rasa. Plan untuk next project. Ha..ha..ha.. hampeh betul. Ingat dapat hadiah lain. Apa-apa pun terima kasih la atas perberian hadiah tersebut. Karang dapat main ngan Rusyda. Best nyer....
"Allahuakhbar..Allahuakhbar.."
Dah subuh pun. Subuh dulu la..
No comments:
Post a Comment