Thursday, December 11, 2008

TIBANYA...999 hari...1000 hariiii

Hmmmm...memula rasa macam malas nak menaip, tapi tetiba jer jadi macam ada semangat. Semua kerja aku dah satelkan. From a sampai b. Cuma tinggal basuh aquarium ikan aku jer lagi. Kena jaga la jugakkan. Ni membela jer tahu. Huh, tak sangkakan keajaiban 999 hari akhirnya akan menjelang esok. Hari yang begitu bermakna yang bakal aku kongsi bersama setiap hari bersama dengan Umi, 12-12-2008. 1+2+1+2+2+0+0+8= 1+6=7. Samakan dengan no hantaran aku, RM7070.70. Hmm.. sukanya aku bila segalanya seperti yang dirancang. Dan hari ke 1000 kami di atas pelamin. Aku rasa dah 4 kali tel mak tanya dah gerak ker belum. Van tak sampai2x lagi. Takper la. Janji dalam perjalanan kan? Aku? Aku kat tempat kerja lagi. Ha..ha.. Semalam jumpa tok siak surau depan rumah aku tu, dia tanya la bila aku nak cuti. Aku cakap jumaat. Dia tanya bila kenduri belah perempuan. Aku cakap la Sabtu. Khamis malam naik bas jam 11.30, sampai Seremban dalam subuh, petang pukul 3.30 sempat la akad nikah. yer tak? Sempoi...releks jer dia kata. ha..ha.. Perlu ker nak kalut gelabah semacam...Kahwin? benda besar ker? Kahwin memang besar tapi persiapan tu benda kecil jer. Biar besederhana tapi akad yang di lafazkan jujur dan datang dari hati ikhlas yang dalam..Bukan aku tak gubra..tapi ntah. Releks jer.

Memang aku akan jadi lebih sibuk lepas ni. Minggu depan atau lepas kahwen nanti next big project untuk aku akan menyusul. Susulan dari project Builders Network sekarang ni la. Dah dalam proses untuk piling test. Aku? dah tentu2x kena la project ni. Dah nama susulan dari project lepas kan? Alhamdul4jjl, Allah masih teruskan rezeki untuk syarikat Nyaman Sdn Bhd. Derang marah jugak bila esok akad nikah hari ni aku kerja lagi...Tapi macam pernah aku cakap la kan, TANGGUNGJAWAB. Kita tak boleh lepaskan tanggungjawab kita sampai bila. Even dah masuk kubur pun kita tetap perlu bertanggungjawab untuk balasan-Nya. Pernah tengok cerita Spiderman kan? Yang Uncle Bent (Rasa betul nama dia) cakap. "Big power, come Big Responsiblity". Betul...bila kita di amanahkan sesuatu yang lebih besar, tanggungjawab akan menjadi bertambah besar. Macam sekarang ni..aku bujang, lusa? aku dah ada Umi. Tanggungjawab aku sangat besar. Tahun depan? Insya4jjl....lahir Fatihatul Kyra Balqis Binti Mohamed Khairullail, bertambah-tambah lagi tanggungjawab. Tapi jangan tengok ianya sebagai beban, tapi nilainya dengan pahala dari Allah s.w.t. Insya4jjl kita akan dapat kekuatan dari situ untuk meneruskan segalanya.

"YA 4jjl, BERIKANLAH AKU KEKUATAN, UNTUK MENGHARUNGI SEGALA DUGAAN. AKU PASTI IANYA SESUATU YANG BESAR DAN AMAT BERAT. TAPI AKU BUKAN LAGI SEORANGAN, TETAPI BERDUA UNTUK AKU DAN DIA SAMA-SAMA MENJADI SEPASANG TIANG AGAMA DAN KEHIDUPAN DALAM JIWA DAN DIRI KAMI. PADA-MU, HANYA RESTU DAN KEKUATAN AKU PINTA.

YA 4JJL, KAU AMPUNIKANLAH DOSA KAMI DAN DOSA2X TERDAHULU YANG TELAH KAMI LAKUKAN SEPERTI MANA KAU AMPUNI DOSA HAMBA-HAMBA YANG TERDAHULU, KAU PANJANGKANLAH UMUR KAMI SEPERTI MANA KAU PANJANGKAN UMUR ADAM DAN HAWA UNTUK KAMI BERKASIH-KASIH.

YA 4JJL, KAU BERKATILAH HUBUNGAN KAMI SEPERTI KAU BERKATI HUBUNGAN KEKASIH-MU DAN SITI KHATDIJAH, KAU PELIHARAKANLAH HUBUNGAN KAMI SEPERTI KAU PELIHARA HUBUNGAN MU DENGAN NABI ISA, KAU SATUKANLAH KAMI SEPERTI ENGKAU SATUKAN ADAM DAN HAWA YANG TERPISAH DI BUMI INI.

YA 4JJL KAU KURNIAKAN KAMI ZURIAT YANG SOLEH DAN SOLEHAH YANG ENGKAU KURNIAKAN KEPADA LOQMAN AL -HAKIM, YANG SEMPURNA SEPERTI ANAK-ANAK SAIDINA ABU BAKAR DAN YANG SIHAT TUBUH BADAN SEPERTI SAIDINA UMAR SERTA YANG BIJAKSANA SEPERTI ENGKAU KURNIAKAN KEPADA IBNU SINA.

DAN YA 4JJL, KAU MURAHKAN REZEKI AKU, REZEKI ISTERI AKU SEPERTI ENGKAU MURAHKAN REZEKI SULAIMAN A.S DAN KAU PERMUDAHKAN URUSAN HIDUP KAMI SEPERTI MUDAHNYA NABI MELETAKKAN HAJARUL ASWAB DI KAABAH"

TERIMA KASIH ..ALLAH"

Kalau aku diberi peluang menulis surat, dan surat itu akan sampai pada Maha Pencipta. Makan ini yang akan aku luahkan. Umi, maaf kan Abi jika setelah hari lusa, Abi tak dapat berikan segala kesenangan seperti orang lain. Kita bermula dari jauh dan akhirnya kita dekat, kita bermula dari bawah kemudiannya kita naik..kita tempuh segalanya dan kita harungi segalanya. Semuanya bersama. Tak ada lagi rahsia dalam diri ini. Semuanya Umi dah tahu. Walau banyak mana perempuan dalam hidup abi yang abi kenal..Umi yang abi pilih. Sebab apa? Sebab kita dipilih untuk bersama oleh DIA. Insya4jjl kita bina segala impian dan harapan kita bersama tanpa rasa putus asa. Maaf kalau abi terlalu mementingkan kerjaya, itu impian Abi. Dan impian Abi pastinya bukan untuk seorang diri. Tapi untuk kita bersama, untuk Fatihatul Kyra Balqis, Fatihatul Kyra Umairah, Fatihatul Kyra Munawwirah, Mohamed Loqman Zulkarnain dan Mohamed Iskandar Hakim ( 3 orang dah cukup kan?). Sepenatnya mana Abi membanting tulang ditengah panas mencari rezeki..Sayang Abi takkan berubah. Yang penting kita jangan mengeluh. Kita dapat dan kita harus bersyukur. Biar ianya sedikit...Tapi halal. Kita buang segala penyebab yang memungkinkan setiap pasangan gagal dalam kehidupan mereka, jeles, syak wasangka, tidak bersyukur dan sebagai...kita lepar dan kita buang jauh-jauh. Biar dalam hidup kita hanya ada perasaan ingain melakukan sesuatu untuk zuriat kita demi Allah. Yang kita pentingkan bukan hari perkahwinan, tapi hubungan yang halal selepas kahwin. Itu yang kita bawa sebenarnya dan itu yang lebih penting.

Tiap-tiap hari aku countdown guna jari tunggu detik esok. Dulu rasa 200 hari lagi, lama gak. Tup..tup...dah esok lusa jer. Dalam waktu tu dah rawai kawan-kawan kitaorang dan kahwen. Jo, n wife, fadhil n wife, ima n husband, husna n husband, azrul..Ramai la. Masa tu baru aku sedar 29 waktu yang sangat lewat untuk aku kahwin. Sebelum ni, aku rasa macam muda sangat. Sekarang dah rasa 24 - 26waktu yang ideal untu lelaki berkahwin. Tetaw plak la kalau fakta ni salah. Tapi yang pasti, aku dah muak hidup sorang2x ni. Ngan Amir plak tu. Dah 3 tahun kat poli muka dia, ni kerja satu rumah bilik lain2x, pegi kerja muka dia, masak dinner ngan dia, pegi memancing pun ngan dia..asyik muka dia jer. Sampai orang cakap kami ni kembar. Aku setuju jugak fakta tu kalau ianya dapat menambah peluang aku untuk ambik berkat dapat anak kembar. Dia ada gen kembar. Mana nak tau kan.. Heee..he.. Kepada Amir, kahwen la cepat2x.

Umi, pasni kita tak yah lagi bergayut di handset jer kan? dah boleh sembang depan2x. Dah pasti dengar. Semalam aku dapat hadiah dari rakan2x office. Microwave. Siap tak balut lagi. Argghhh...mana best. Balut dulu baru bawa balik. Pastu dapat kereta baru plak. Pinjam untuk urusan kahwen nanti. He..he...aku punya nak save naik bas dari Penang, derang suruh naik kereta. Kereta apa? Pajero. Huh..takder la aku nak mengahabiskan duit 500 untuk pegi bawa pajero. Memang la nanti derang tengok, Huh, Suami Zura ada pajero. Tapi best ker??? Aku bukan jenis macam tu. Buat apa jenuh2x hipokrit. Kita hidup atas apa yang kita ada jer kan? tak perlu menunjuk2x kalau benda itu tetap kita punya. Tapi buat semua staff Nyaman Sdn. Bhd. Terima Kasih banyak terutama Tuan Haji Dato Mat Syafiee bin Awang. Jasa mu akan ku balas. Dan Amir, banyak sungguh jasa hang untuk kami berdua nak melangsungkan perkahwinan. Masa aku yang hang ganti, kerja aku yang hang take over. Mungkin lepas ni dah takder masa untuk kita sama-sama memancin, pegi pasar malam dan macam2x lagi. Terima kasih. Dan Mansur, yang pegi balik ambik aku kat Bagan Tiang takkan aku lupakan. Hobi kita "Gardening" akan membuat kita bertambah erat.

Cuti? seminggu jer? Honeymoon??? emm..emm..ntah la. Macam takder bajek jer. Sebenarnya Umi ada perjanjian tentang honeymoon ni kan? Our biggest wedding present, insyaAllah. Dan hadiah terakhir paling bermakna dalam tahun ni. He..he..apa dia? Tunggu la nanti. Kalau segalanya termakbul.

Kepada semua yang menolong, terima kasih banyak2x. Moga kita berada dalam laluan yang betul..

Umi jangan nangis tau kalau pun kata2x ini terlalu mulia dan jujur serta jiwang. Tapi ini lah hakikat dan realitinya.

"Aku terima nikahnya Nur Azura binti Kamaros, dengan mas kahwennya 200 ringgit tunai"

Buat Nur Azura Binti Kamoros..nothing to said.............................I LOVE YOU so much..

Gerak dulu...JUMPA DI TAMPIN (13/12/2008)

No comments: