Masa : Hari yang sama
Waktu : 12.30 pagi
Best juga kerja ni, tapi hari pertama la. Susah gak nak cakap. Sebelum ni pun kerja kilang lepas SPM, minggu pertama jer best. Dah lama-lama boring plak. Yer tak, asyik benda yang sama jer. Aku lebih suka kerja luar sebenarnya. Memang orang cakap penat dah berpeluh sikit. Tapi tak per kan? Aku suka kerja yang rasa macam tak terkongkong. Takder saper yang amik peduli sangat. So, kalau kerja luar ni boleh la jalan-jalan sikit. Tapi, 2nd boss aku dah cakap aku under training sebulan jer kat office ni. So, tak perla kot.
"Khairul, jom pergi makan"
"Tak per la, pegi la dulu"
"Ala jom arr.. celebrate officemate baru"
"Tak per la. Pegi la. Lagipun kenyang lagi ni"
"Ok"
Sebenarnya bukan tak nak pergi. Poket aku ni cukup-cukup jer ader RM 35 jer. Bukan RM350. 3 minggu lagi nak gaji, cukup la bajek aku. Minyak seminggu 5 ringgit, feri ngan kalau aku lapar sangat-sangat. Memang duit aku ader banyak ni jer. Abah ada tanya masa aku nak pergi rumah Abang Mie, nak duit ker. Aku cakap tak nak, ada duit lagi. Mungkin naluri abah dengan anaknya. Dia tahu la kan? Dia huluq RM50. Mula-mula terdetik juga kat hati RM50 jer? Tapi sebenarnya RM50 tu bukan pada nilainya. Tapi penghormatan dan kasih sayang yang dipamerkan dalam bentuk keprihatinan seorang ayah untuk anak terakhirnya memulakan alam baru. Satu bentuk pembakar semangat. So, aku ambil keputusan tak nak guna duit tu. Selagi aku mampu simpan, aku akan buat pembakar semangat untuk terus kerja. Abah..mak restuilah own kerja yer. Doakan kejayaan kerja dan masa depan own.
Tetiba mata aku nampak macam bergenang ngan air, tetiba aku nampak wajah derang. Walaupun masing-masing dah cecah 60, tapi masih kuat. Bekerja tanpa harapkan sebutir beras pun dari anak-anak dia. Yang penting kebahagiaan anak-anak pada mereka yang lebih di utamakan. Aku teringat susah payah derang membesarkan 5 orang anak dengan 2 orang anak sepupu sampaikan 5 orang jejak kaki di universiti. Mungkin aku tak hidup lagi saat kesusahan Kak Long ngan Abang Tan hidup. Derang lebih merasai kesusahan berbanding apa yang aku lalui. Bayang kan kalau 2 orang anak masuk universiti serentak dalam satu minggu? Dengan kos dan cara hidup masa lampau dengan bercucuk tanam, Abang Tan masuk dulu, then Kak Long follow. Abang Tan masuk lepas SPM, Kak Long masuk lepas STPM. Huh, kalau aku pun berpeluh. Mungkin dah sampai tahap frust. Tapi abah dengan mak bukan macam tu. PELAJARAN is no 1. Apa-apa pun pelajaran anak-anak dahulukan. Abang Tan dah settle semua, tinggal Kak Long jer. Masa tu abah sungguh-sungguh cari duit untuk Kak Long masuk universiti. Start dari ambil upah kerja ngan orang, petik kelapa dan jual, pancing ikan, macam -macam cara yang aku yakin kalau aku masa tu dah jamin frust. Tapi abah ngan mak tetap usahakan juga. Usaha yang tak pernah bezakan kami sampai aku anak terakhir sekali. Tapi mungkin aku yang sia-siakan usaha mereka...tak masuk universiti akhirnya. Memang kecewa kan?
Trreeettt......
Mms? Gambar Cik Zu?
Treettt...
"Hensem la awak ni, mesti ramai peminat. So, seperti yang di janjikan, ni gambar saya sebelum saya balik ke UKM semalam. Biasa-biasa jer. Harap Own tetap jadi kawan Zu, even dah dapat gambar ni"
"Jangan risau, Own bukan jenis kawan rupa paras. Tengah downloading ni. Tak pernah guna mms lagi. Mms Maxis pernah la dapat"
"Ok, Zu nak pergi lunch ni. Own dah lunch?"
"Belom, kenyang lagi"
Tahu kan sebab naper aku tak lunch? Hish, lambarnya nak download pun. Macamana yer rupanya.Harap-harap betul la perempuan sebenar. Ok...yes dah habis.
"ITA???"
No comments:
Post a Comment