Kenapa dilahirnya seorang perempuan disebalik ciptaan lengkap seorang lelaki.....kenapa??? jika kerana sepohon bunga ros...sesungguhnya lebah lebih dekat menemaninya. Jika kerana terciptanya laut...laut sentiasa bersama pantai. Jika kerana terciptanya hamparan tanah yang meluas....langit lebih memandangnya...
Jadi kenapa??
Itu lah bukti ar-Rahman Maha Pencipta..Dia tahu apa yang dicipta..dan Dia lebih mengetahui kenapa ia diciptakan. Tiada sesuatu pun ciptaannya untuk disia-siakan. Meski pun "syaitan" makhluk yang tiada gunanya untuk hidup kerana balasan nerakanya...tapi ianya bukan ciptaan yang gagal mahupun untuk disia-siakan...tetapi untuk menguji sejauh mana hamba-Nya kasih dan cinta kepada-Nya. Apa yang dimaksudkan kasih dan cinta pada Ilahi? iaitu melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang ditegah.bukan "melakukan" tetapi tidak "meninggalkan"...bukan tidak "melakukan" tetapi "meninggalkan". Ia merangkumi kedua-duanya..Melakukan dan meninggalkan...Sungguh aneh ciptaan-Nya..tetapi sungguh besar hasilnya. Tidak kerana seorang perempuan..masakan lelaki hidup di dunia ini..
No comments:
Post a Comment