Tuesday, May 13, 2008

*L0vElle' of kyRA* chapter 4 - zu...???

"Ok la, kenduri kecik jer zu. Doa selamat jer. Kaki jatuh kena kejar anjing dah ok?"

"He..he...hampeh ngungkit. Ok dah. Lebam sikit"

"Tu la, lain kali hati-hati balik kelas tu"

"Yer la. Nanti zu mesej lagi yer. Ada kerja sikit. Bye"

"Ok, bye"


Takder permulaan yang menarik lagi dalam seminggu dua ni. Kita orang just mesej-mesej tanya khabar jer. Bukan selalu. Alew kenal internet ni bukan boleh percaya sangat. Kalau boleh tanam tebu di tepi bibir tu mesti dah tanam la. Buat kawan tu boley lebih-lebih takde la. Tapi Wardina dulu pun kenal suami dia kat internet juga. Masih bahagia lagi..dan semoga hingga ke anak cicit yer kak Wardina. Dia antara ikon wanita sama ada artis atau tak yang aku kagumi dekat Malaysia ni. Reformasi yang dilakukan di kala semua artis terdedah-dedah dengan bangganya..muncul pula tudung Wardina. Besar sungguh ikonnya..besar sungguh perubahannya.. besar sungguh impaknya. Sampai aku pun terasa auranya. Pantang jer nampak perempuan bertudung ala wardina. He..he.. lelaki mana tak ada keinginan pada kaum yang satu lagi. Tapi tengok muka jer. Sebenarnya aku ni bukan jenis yang suka usher pompuan sebenarnya...tapi kalau bertudung tu jer kekadang suka tengok. Tapi awek sampai sekarang takder lagi..err..bukan takder. Tapi tak kekal. 6 bulan jer. Ntah la..tak best pula bila ber"couple" ni. Macam diperhati jer sepanjang masa. Ker aku ni jenis tak berperasaan. Masa sekolah dulu adew yang cakap aku tak berperasaan. Wuihhh...aku lelaki sejati lagi.

"zu"

Nama penuh dia Nur Azura Binti Kamaros, orang nogeri. Itu jer la yang aku tahu dalam seminggu ni, selain dia belajar di UKM. Pakwe?...ntah aku tak try tanya lagi. Budak pandai masuk universiti selalunya dah adew la. Lain la aku ni. Poli jer di tahap diploma pula tu. Biar la dulu. Ada ruang nanti baru try tanya. Takot gak kang di serang pakwe dia? pernah jadi kat aku tu. Tapi buat apa takut pada bayang-bayang sendiri. Kita yang ada hati dan perasaan..bukan bayang-bayang. Kalau diri tu dah rasa betul..teruskan jer. Kebenaran akan teserlah biar pun lambat. Balik kat cik zu ni. Aku panggil dia zu. Mula-mula dia cakap takder saper pernah panggil dia macam tu. Semua panggil zura. So biar aku jer yang panggil..lagi senangkan? Itu jer la yang aku dapat sepanjang detik bersama cik azura. Eh..zu. Tetiba teringat lagu Azura nyanyian Jamal Abdillah. Pergghhh...aku minat giler Jamal. Suara jantan dia power. Habiskan kerja dulu, kang mandi. Malam karang kot nak layan mesej cik zu pula. Hikz...senyum sorang-sorang plak aku. Senyum ada makna tu..senyum dengan harapan tu...dari duda sepanjang hayat. Heeeeeeee....


Waktu : 7.31 am ( ketika maghrib )
Lokasi : Surau PArit 310

"Allahuakhbar Allahuakhbar.."

"Laaaaaaaaailahaillallahhhhhhhhhhhh"

Huh...macam dulu jugak surau ni. Masih menjadi tumpuan orang kampung. Biar pun dah nampak lama, tapi terurus. Teringat dulu masa sekolah rendah, aku, Eddy, Kamal ngan Ali silih ganti azan maghrib kat sini. Masa pertama kali aku azan, derang kacau aku buat muka-muka kat depan "microphone" sampai aku tergelak-gelak. Time tengah azan tu boleh tergelak-gelak. Ha..ha..bising orang tua-tua kat bawah. Nasib abah tak der. Malu gila aku time tu. Macam nak terus balik jer. Tapi padan muka aku gak. Sebelum tu aku yang selalu buat kat derang. Malu...malu.. Abah imam surau ni..jadi kebetulan aku jadi rajin juga la datang surau ni, walaupun pada awalnya penat kena bebel. Tapi bila selalu datang tu..rasa seronok jer. Kat Ipoh dulu pun solat kat surau, tapi suasana berbeza. Dah lama tak jumpa "kawan". Dulu surau ni la tempat kami bermain pas maghrib. Dah besar sikit jadi tempat berhimpun sebelum menjalankan apa-apa aktiviti. Sekarang..tinggal Man jer. Member baik aku kat kampung. Hah..baru cakap.

"Ownnn....bila balik?"

"Dah 3 hari dah. Awat hang tak mai kenduri tadi? Rugi lauk tak habis"

"Kurang hajaq hang. Ingat aku lahap sangat. Aku kerja"

Man Belut (sebab kepakaran menangkap belut) bukan besar pon. Kurus jer. Tapi selera makan macam ada dua perut je.

"Malam ni apa planning?"

"Jom pekena ko teaw udang lipan. Hassif balik. Ajak depa sekali Lan ngan Sham. Ada berannn?"

"Boleh. Hang ambik aku pas maghrib"

"Alah lepas ni terus pi rumah hang la. Hang telepon depa. Tak payah menyemat la. Bukan ada awek pon. Kalau ada pon, aku yang dapat."

"Okkkkk"

Kesian juga bila dia seorang jer yang tinggal lagi kat kampung. Tapi bagus pun ada juga. Balik kampung tau la nak cari sapa. Dulu aku dah ambilkan borang apply politeknik, tak nak hantar. Tapi kekadang orang macam derang ni suatu hari nanti akan majukan kampung. Biar la. Bak kata peribahasa cina. "Lu punya nasib lu makan, olang punya nasib olang makan". Betul tu. Buat apa nak kacau rezeki orang. Dengki ngan orang tak tentu pasal pun buat apa? Itu la kelemahan "orang kita" bila nak berniaga. Tengok orang untung sikit, dah dengki. Cuba fikir kenapa orang tu untung? kenapa bukan kita? cari kelemahan dan atasi. Bukan kenal pasti kelemahan untuk melemahkan orang lain. Tu bukan caranya. Kalau sampai bila-bila pun masih tak sedar benda ni, Tak mustahil suatu hari nanti terdapat kasta dalam hearaki rakyat Malaysia nanti.

"Allahuakhbar Allahhuakhbar....ashhadualla ilahaillallah......"

"Dan qamat tu, jom sembahyang. Kang nak pekena ko teaw plak"

"Jom"

Eh....kang cik zu nak mesej nanti? Dia tak cakap pun nak mesej pukul berapa. Tak pe la. Kang dia mesej layan jer la...Astaghfirullahhhh...nak jumpa Dia pun ingat duniawi. Ampukan aku Ya Allah.

"Allahuakhabar"

No comments: