Wednesday, September 8, 2010

Selamat Hari Raya

Dalam mencari ketenangan dan keuntungan berlipat ganda, kita digembirakan pula dengan anugerah hariraya Aidilfitri. Hari ni last sahur kat rumah di Penang, petang ni berbuka kat Bagan Tiangville then sama ngan sahur esok juga. Abang-abang dan kakak-kakak semua balik beraya tahun ni kecuali Abg Mie yang kena kerja di hari raya. Dia bukan sekadar terlepas raya, tetapi juga acara julung kali diadakan di rumah abah tahun ni. Sebenarnya tiap-tiap tahun kami akan menganjurkan makan besar semua ahli keluarga. Kekadang tu buat bbq,ikan bakar dan macam-macam. Idea ni tercetus lama dah, pasal aku memang minat sangat bab bbq ngan makan-makan ni. Pada aku, ni la cara paling mudah dan efektif dalam menghubungkan silaturrahin antara keluar kita balik, terutama macam keluarga aku yang semuanya dah berkahwin dan beranak. Keluarga dah makin besar, parent pun bertambah. So, kena la bahagi-bahagikan dengan baik. Kita orang start buat masa tahun 2005, masa tu aku tahun 1st kerja. So, aku rasa sangat bersyukur dengan rezki yang dikurniakan Allah atas memudahkan aku dalam perkerjaan dan kebetulan semua family members balik raya, jadi aku anjurkan majlis ni. Tak sangka plak last-last jadi rancangan tahunan keluarga. Benda ni aku rasa penting pasal tahun tu dan masa kami tengah makan malam tu aku ambek gambar tok. The only tok yang aku grow up and always looking at her. Lain, semua meninggal sebelum aku lahir lagi. yang paling best arwah tok siap possing menarik macam dia dah tahu dia akan meninggalkan kami. Muka dia tepat pada camera. Tu la satu gambar tok yang aku ambi. Tok meninggal 3/12/2005 sehari sebelum hari jadi abah 04/12/2005 dan juga 2 hari sebelum harijadi aku 05/12/2005. Buat tok kami semua cucu cicit doakan tok selamat dan aman disana. Al-fatihah......................

Bila aku selalu tengok gambar tu...aku rasa macam arwah puas sebab dia dapat lihat zuriat dia membesar dan hidup dengan penuh sempurna, bekerjasama, akrab dan baik. Mungkin arwah tak cakap tapi gambar tu cukup memberi jawapan. Sejak tu aku fikir apabila aktiviti ni dijadikan aktiviti tahun, pasti sentiasa akan memberikan kegembiraan. Mungkin ada pulak yang akan berasa gembira sebelum pergi meninggalkan masing-masing seperti Arwah Tok.

Tapi tahun ni lain sikit, no bbq, no siakap bakar, no kerapu stim whatever. But, we trying to do something different, satay+kerang rebus within nasi himpit. This is one of my idea for this year because since we childhood all firtah payer will come to our house especially at last night of ramadhan to complete their responsibility. Ecey bahas inggeriss plak. Sejak aku kawin ni umi ajar aku bahasa inggeris. Betul salah peduli hapa kan? Bahasa melayu kang ad tak paham. Malam raya pasti sibuk macam tu jugak kami. Hidangkan makanan dan kuih raya kepada pembayar fitrah. Kekadang samapai 3 pagi pun ada. Dulu kecik-kecik best., sebab abah selalu suruh aku jadi akauntan sebalah abah. Kira duit bayar dan baki. Baki tu selalu orang bayar fitrah bagi kat aku sebagai duit raya. Esok pi rumah depa dapat lagi. hehehehe... side income la katakan. Tapi dah besaq-besaq ni tak da dah la. Jadi dipendekkan cerita tahun ni aku rasa pembayar-pembayar fitrah akan dijamukan pulak bersama dengan satay. Tak banyak percubaan baru. Dalam 700 cucuk jer. Lagi pun aku pilih malam tu pasal aku pun tak cuti panjang. Raya kedua tengah hari dah balik Tampin sampai hari Rabu. Bab balik Tampin ni pun aku tak sabar jugak. Lomang den dah menunggu tu ha. Ayah ngan omak mertua den mesti dah siap-siapkan lemang tu. Sabar-sabar anakanda akan pulang nanti. Tengok la, tadi lepas subuh aku dapat idea baru untuk cuti plak hari Sabtu ngan Ahad. Nanti pi kerja aku nak arrange ngan kawan-kerja lain. Apa-pun kepada semua...

"Selamat Hari Raya dan Ifiniti Ampun dan Maaf aku pohon. Terutama kepada ummul tahirah tercinta, Nur Azura Binti Kamaros kerana anda selalu disamping abi. Pasti banyak salah dan silap"

BERHATI-HATI SEPANJANG BERHARI RAYA

No comments: